Tun Dr.Mahathir Bin Mohamad
Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Star,Kedah Darul Aman.Beliau pemimpin negara yang disegani.
Beliau juga seorang yang rajin berusaha.Tun Dr.Mahathir pernah membuka klinik persendirian di pekan Alor Star.Beliau suka membantu pesakit,terutamanya pesakit yang miskin.
Pada 16 julai 1981,beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat.Semasa beliau menjadi Perdana Menteri,negara kita menjadi bertambah maju dan dikenali di seluruh negara.Beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia kerana jasa yang dicurajkan kepada negara.
Tun Dr.Mahathir bersara sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.Jasa Tun Dr.Mahathir tetap dikenang dan menjadi contoh kepada rakyat.
Tan Sri P.Ramlee
Pernahkah kamu menonton filem lakonan P.Ramlee?Sesiapa pernah menonton filem lakonan P.Ramlee pasti akan terhibur.
Siapakah P.Ramlee?P.Ramlee merupakan seorang penghibur,pelakon,pengarah,penyanyi dan juga pencipta lagu.Nama sebenarnya ialah Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh.Beliau dilahirkan pada 22 Mac 1929.Sepanjang hidupnya beliau telah menghasilkan 66 buah filem dan 365 buah lagu.
Walaupon P.Ramlee telah meninggal duni pada tahun 1973,nama beliau tetap menjadi sebutan rakyat Malaysia.P.Ramlee dikenali sebagai Seniman Agung
No comments:
Post a Comment