Saturday, 22 October 2011

Abang Zafran Yang Misteri

     ABANG ZAFRAN YANG MISTERI

Dekat kampung saya tinggal seorang lelaki misteri.Namanya Zafran Osman.Kami panggilnya Abang Zafran.Kalau dilihat pada fizikalnya takda apa yang pelik.Dengan baju mekenik warna kuning dengan helmet full facenya.Abang Zafran adala nampak hensem juga,tetapi bila dia dengan basikalnya(basikal capok), peliknya yang dibuat sendiri.Abang Zafran tak berapa nak betul.
Kerja Abang Zafran hari-hari ialah meronda satu pekan dengan basikalnya sambil mencari besi buruk.Rasanya itulah sumber pendapatan Abang Zafran.Jadi tak hairanlah penduduk kampung selalu nampak dia dikawasan kilang-kilang,kedai-kedai besi dan kedai nasi kukus Cik Omar.
Dekat kampung,Abang Zafran tak berapa nak ‘mesra rakyat’.Takda nampak dia bergaul dengan orang kampung.Pagi-pagi dah keluar kerja,magrib baru balik dengan hasil kutipannya.Tinggal pula sorang-sorang dirumah buruk yang berdindingkan besi karat.Tetapi Nampak gaya dia bahagia dengan hidupnya.



Oleh kerana perangainya yang pelik dan suka menyendiri,Abang Zafran selalu dipandang serong oleh orang kampung sehinggakan bila ada kes kecurian di kampung kami,Abang Zafran la yang jadi suspek utama walaupun takda bukti yang dia lakukan.Itu belum kira anak dara hilang dari rumah lagi tu.
Oleh kerana Abang Zafran ni dah glamour satu kampung,satu hari saya  dan kawan-kawan saya cuba nak siasat. Apa betul ke Abang Zafran ni pencuri?Apa sebenarnya aktivitinya seharian?Jadi kami ikut dia ke mana dia pergi.Tengok apa yang dia cari,betul ke besi buruk ataupun itu mesin basuh Makcik Nordi yang hilang.Seronok juga Kerja kami buat ni.Dah rasa macam polis ‘Gerak Khas’ la pulak.
Pernah la kami ikut dia sampai ke rumah dia,mana tau kat situ boleh dapat bukti yang kukuh.Tetapi belum sempat kami jumpa bukti,Abang Zafran yang jumpa kami dulu.Lintang-pukang kami lari,takut kena kidnap, mana tahu  nanti dia mintak pula wang tebusan 8 juta dekat keluarga kami,siapa yang susah?Mak ayah kami jugak yang susah.
          Satu petang yang indah,kecoh satu kampung yang satu sidiket curi motor dan kereta telah berjaya diberkas polis.Dan masa tu juga orang kampung nampak yang Abang Zafran ada di tempat kejadian.Tetapi dia bukan suspeknya,Abang Zafran la yang  memberkasnya.Hari tu satu kampung akhirnya tahu yang abang Zafran rupanya seorang polis Undercover.


PERINGATAN:JANGAN MENILAI ORANG DENGAN  MUKA LUARNYA SAHAJA.
NUKILAN:NURUL IZZAH BT HALIMI (6 KREATIF)

No comments:

Post a Comment