Friday, 9 November 2012

Hari Akhir Persekolahan

Assalammualaikum,Hye Blog Readers

Hope korang semua sehat-sehat jer....Amin...Ermmm nk cerita sikit ni,time kt skolah tdi mcm2 perasaan aq ade.Antaranya SEDIH!!!Cikgu kesayangan aq akan pindah,so thun depan aq x kan jmper dye lagi.....So Sad Guys....Sebak!!!Cikgu why cikgu nk pindah.Don't leave cikgu,please!!!I will miss u....Nnti thun dpan sper nk ajar sye KH mcm cikgu ajar,klu cikgu ajar sye pham.....Sye dh biasa ngan cikgu....BUt ade bnde laen jgak aq nk cerita kt korang.....Aq rndu jgak BF aq,member aq,senior2 yg pling aq syg dn laen....I gonna me my Prince!!!But i still bleh jmper dye...Coz dye kwan my brother LOL!!!Chill dye bru Form 3...Hope dye pon rndu kn aq....Hrmmm,bru shari x jmper dh rndu,apatah lagi klu sebulan setengah.Chill lah izzah,ntah pape lah aq ni kn???LOL...GTG,aq nk pegi dh so aq x leh nk crita pnjang2.Coz,ade bnde lbih pnting lagi aq nk kne buat..So bye guys....MUahhhxxxx <3

Saturday, 3 November 2012

Thursday, 31 May 2012

Kat PD lah.....

Hye u all's!!!!Cuti ni korang pegi mana???ceritalah sikit.Anyway saya kat Pd sekarang ni.Boring Tu boring lah jugak.Sebab saya n family terperrap.Sebab tak tahu ape yang ada deklat PD masa tu..Nak keluar malam,Tak tahu nak pegi mana.Boring sangat-sangat!!!Kawan kirim Baju n Others...Tapi tak tahu nak beli kat mana...Then my aunt suruh beli ole-ole dari PD....Ole-ole aper yer....Ole-ole Bali,Hahahahaha!!!!Tapi semalam saya dah belikan adik saudara saya baju yang tertulis"I Love Port Dickson"Hrmmmm...Nak belikan aper lagi ye???Keychain kot,tapi nak beli kat mana.Kalau saya sekarang ni ada kat Melaka ke,any where la yang saya selalu pegi mesti dah dapat beli bende alah tu sekarang.Urggggggg....Geramnyer.../Duduk kat PD 4 hari..Tapi tak de pon bende yang best....Rugi jer kan....Mandi laut???Mandi laut tu mandi lah jugak.Tapi tu pon tak boleh ubat kan Hati saya yang sedang merajuk or something....

Thursday, 24 May 2012

Hati ku berputik kembali

Ishhh dah lama saya tak update blogkan.Last saya update blog bila ehh???Arhhh itu tak penting,yang penting adalah topik pada hari ini.Saya nak cerita kat korang semua ni yang hati saya dah berputik sebabkan seseorang tu.Nama dia saya dah bagi tahu masa post lepas ok...Kalau nak tahu,cari sendiri hahaha!!!Dia betul-betul hensem.Tapi bagi kawan saya dia tu,taklah hensem sangat.Biasa-biasa jer.Tapi hati saya tetap kata yang dia tu hensem.Sebab dia ada ciri-ciri suami yang saya nak.Dia pandai sangat-sangat.Dia pandai tulis dalam bahasa Jepun & France.Pandai tak dia tu.Tengoklah sapa yang minta/suka kat dia.He is mine ok...Don't you dare tackle him.Hidung dia mancung macam Shah Rukh Khan tau.Aku ada,Kau ada???Hahahahaha!!!Kesian korang....Owhhhh dialah jejaka yang ku tunggu-tunggu..Jejaka idaman ku/Prince Charming yang saya sayang.Cehh!!!belum apa-apa lagi dah nak sayang.Relaks lah dulu.Tapi masalahnyer dia dah syak yang saya suka kat dia.Never mind,biar dia tahu.Sebab saya memang suka kat dia.Setiap hari saya jumpa dia tau.Dia sama tingkatan dengan abang saya.Dia hensem sangat-sangat.Senyuman dia menawan sangat-sangat,membuat hati saya ni tertawan.

Wednesday, 25 April 2012

Kesian Kawan Aku tu

Tadi kat sekolah saya usik kawan saya.Nasib baiklah dia tak naik berang,kalau tak habis saya dikerjakan.Bukan saya yang start dulu usik dia tapi kawan saya yang lagi sorang tu.Memang best ahh usik dia.Kitaorang cakap yang dia nak kahwin dengan Ahmad...Hahahaha...Tapi tu semua tipu.Kitaorang gurau melebih-lebih.Kitaorang cakap kat semua orang yang diorang nak kahwinlah,kitaorang jemput semua orang kat kelas pergi majlis perkahwinan diorang.Hahahahaha crazy kan saya ni. ok lah malas saya nak cerita panjang-panjang,nanti kalau dia baca blog saya apa yang saya tulis ni habis saya kena karate ngan dia...TIDAK!!!

Sunday, 22 April 2012

Thank u kak




This is kak Ima.Dia yang ajar saya pakai tudung selendang.
Thank kak,Sebab ajar saya pakai tudung selendang.Kakak ni sebenarnya tak pakai cermin mata ala-ala"NERD" tu.Dia pakai pon sebab nak bergaya jer,takkan takleh kan.Dia memang giler cantik,putih melepak ahhh.Tapi di dah berpunya yer.Dia ni memang pakar dalam photoshot ni.Nak tengok pic-pic dia.Jap ehhh.Tengok bawah...







Cantik tak dia.Kan saya dah cakap.Mesti korang terngaga.Hahaha...tu jelah yang saya nak cerita.BYE!!!

Dia Handsome!!!

Hye u all's.Hari ini saya nak cerita pasal seorang jejaka ni.Muka dia persis dengan Shah Rukh Khan.Hahahahaha.Dia ade hidung mancung.I like.Nama dia Tengku Firdaus.Umur dia 15 tahun.Jawatan dia kat sekolah,Pengawas Percubaan Koperasi.Saya memang sebelum masuk alam persekolahan menengah ni saya dah angan-angan nak jadi pengawas koperasai.Dia ni paling tak suka couple-couple ni.Saya rasa cinta ni bagi dia macam cinta monyet.Sebab Kecik-kecik lagi dah bercinta.Pelajaran pun entah lulus ke tidak dah berangan nak bercinta.Kalau dia tak suka couple saya sanggup jadi kawan baik dia.Biar jelah ape orang nak kata saya tak kesah.Ishhh malas lah nak cerita panjang-panjang nanti ape orang kata.

Saturday, 21 April 2012

The Best Reminder



Katakanlah, "Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu, kemudian kepada Tuhanmu, kamu akan dikembalikan." [As-Sajdah, 32: 11]

Alhamdulillah..
Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah..

Akhir-akhir ini... telingaku, mataku, banyak benar menghadam berita, coretan, cerpen, bait-bait kata tentang cinta. Sehinggakan tanpa sedar sedikit sebanyak ia mempengaruhi mood & suasana yang mengisi hatiku.

Dalam monthly planner pun sudah ada 2 undangan walimah daripada teman-teman satu sekolah dahulu.

Berita tentang teman-teman persekolahan yang bakal melangsungkan pernikahan, tancapan mata pada coretan teman-teman yang bahagia menjalani fasa-fasa baru selepas mendirikan Baitul Muslim dengan calon pasangan impian.

Oh... siapa sangka, aku juga menjadi seakan terbuai-buai pula...
Mulalah merangka plot cerita fantasi..

Ish, ish, ish.. *sambil geleng-geleng kepala*

Teman-teman...

Hati kita, jiwa kita, bolehlah kita umpamakan sebagai periuk yang kosong. Terpulanglah kembali kepada kita untuk memilih pengisian apa yang harus diisikan ke dalam periuk tadi. Lauk ayam kurma, rendang ayam cili api, tom yam, kari, ataupun gulai basi yang telah ditinggalkan berhari-hari...?

& apa yang disikan di dalam periuk itulah yang bakal kita keluarkan kembali menggunakan senduk untuk dihidang kepada orang lain.

Gulai apa yang mahu kita hidangkan?

Sama jugalah perihalnya dengan hati & jiwa kita tadi. Jika perkara baik yang kita hadam, itu jugalah yang bakal mempengaruhi pandangan kita, perasaan kita, akhlak kita, serta tutur kata kita.

Jika kita isikan hari-hari kita dengan menonton & mendengar dialog-dialog kurang sopan & cara yang kasar dari filem-filem gangster tempatan mahupun luar, makanya secara langsung atau pun tidak, sedikit atau banyak, ia tetap akan mempengaruhi diri kita sebenarnya.

Suka atau tidak. Kita harus mengakui bahawa kita ini tidak kebal. Kita bukan seperti keluli yang kalis air. Bahkan kita sebenarnya boleh diibaratkan seperti kain yang berupaya menyerap larutan bendasing yang ada di sekitarnya.

Cuma, keupayaan untuk 'mengebalkan' diri menghadapi anasir-anasir luar, negatif atau positif itu tergantung kepada diri setiap individu masing-masing. Bergantung kepada kekebalan iman & taqwa kita kepadaNya..

Jika saban masa kita hanya menghidangkan hati, jiwa & rohani kita dengan tazkirah tentang bab cinta, jodoh & nikah sahaja, maka pastinya kita takkan dapat lari daripada terbuai-buai, terangau-angau, berangan-angan dan sebagainya untuk ke arah itulah. Terutamanya yang lemah iman & taqwa seperti saya ni..

Bukanlah saya menafikan terus kita perlu ilmu rumah tangga. Memang benar hanya dengan nikah sajalah penghasilan & pembentukan ummah dapat dilangsungkan.

Tetapi ianya tetap perlu berpada-padalah. Setiap perkara, perlu ada batasnya supaya tercetuslah keseimbangan dalam kehidupan. Tidak cukup hanya dengan ilmu tentang 'cinta' sahaja yang kita khatamkan. Jangan bab 'cintan-cintun' saja kita laju. Bab-bab ibadah yang lain juga kita mesti laju juga..

Jangan bab couple halal atau haram saja kita pakar. Bab-bab lain pun kita kena tahu. Islam bukan sempit. Dan jangan kita yang menjadi penyebab Islam menjadi sempit & dipandang sempit.

Bukan bab munakahat saja yang ada di dalam kitab 'Indahnya Hidup Bersyariat' bahkan banyak perkara lain yang juga sama penting bahkan ada yang jauh lebih penting sebenarnya kan.. kan...?

Apakata kita buka & bicara bab kehidupan yang lebih 'killer' untuk dibincangkan, direnungkan, disegerakan persiapannya.

Jom kita bincang bab seterusnya. 
Bab kematian pula. 
Bagaimana?

Kebanyakan daripada kita hari ini, sangat sibuk, kecoh benar apabila berbicara tentang cinta. InsyaAllah, banyak dalil yang kita ingat.. Nampak benar kita bersungguh-sungguh dalam bab jodoh ini. Bagi yang masih bujang remaja, kita sangat berusaha untuk mempersiapkan diri tentang impian berbaitul muslim di usia yang muda.

Namun, pernahkah kita bersungguh-sungguh dalam mempersiapkan diri jika Maut dulu menghampiri kita di usia kita masih muda ini?

Berapa banyak kali di dalam sehari 24 jam yang dipinjamkan Allah kepada kita ini, kita sisipkan ingatan kepada kematian...? Dan pernahkah kita renungkan kembali sudah berapa banyak bekal yang kita sediakan untuk dibawa pergi selepas mati kelak?

Firman Allah SWT;
"Sesungguhnya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat, & Dia Menurunkan hujan, & Mengetahui apa yang ada di dalam rahim. & tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya pada besok hari. & tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal." [surah ke-31 (Luqman): ayat 34]

Berumah tangga itu insyaAllah. Hidup sampai usia 30,40 tahun itu insyaAllah. Namun, mati itu adalah pasti. Kita pasti akan mati suatu masa nanti. Takkan tertangguh walau sesaat. Sampai masa yang ditetapkan, datanglah Malaikat Maut di hadapan muka pintu rumah kita, wad, pejabat, bilik air hatta di dalam tempat persembunyian yang paling sulit sekali pun...

Allah Mengingatkan kita dalam surat cintaNya yang ke-63, ayat ke-9,
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu & anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Dan barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." [surah al-Munafiqun]

Di dalam surah yang sama, Allah menjelaskan lagi di dalam ayat yang terakhir;
"Dan Allah tidak akan Menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." [63: 11]

Harus kita akui, saya terutamanya, hati saya ini masih banyak sangat cinta kepada dunia. Hati saya dijangkiti penyakit wahan (cintakan dunia & takutkan kematian). Iman ini terlalu lemah. Gagal memandang bahawa keluasan akhirat itu sangat jauh lebih luas daripada dunia yang sementara ini.

Tak apalah. Kita manusia. Manusia memang fitrahnya selalu lupa.

Maka, kembalilah semula kepada 2 perkara yang Nabi SAW pesan kepada kita agar pegang molek-molek sehingga mati; itulah dia Al-Quran & As-Sunnahnya. InsyaAllah, Nabi SAW beri jaminan, jika kita berpegang teguh kepada 2 perkara ini, kita akan selamat dunia & akhirat.


Rasulullah SAW bersabda;
"Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi."

Sahabat-sahabat pun bertanya, bagaimana mahu membersihkannya.

Maka, Rasulullah SAW pun menjawab;
"Membaca al-Quran dan banyak mengingati mati."


Bacalah Al-Quran. Renungilah maknanya. Tidak ada gunanya jika kita berbuih mulut membacanya jika kita tak tahu apa yang Allah sampaikan di dalam setiap ayat-ayat yang kita baca itu.

Al-Quran diturunkan kepada umat Islam bukan untuk dijadikan perhiasan di dalam rumah. Sekadar dibiarkan berhabuk di atas almari tanpa dibuka langsung. Bukan setakat dihias indah untuk dijadikan hantaran perkahwinan. Ataupun diletakkan di bawah bantal kerana takut dikacau hantu.

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk & pedoman untuk kita, apakah gambaran seluruh kehidupan, acuan yang seharusnya kita ikut untuk membentuk hidup kita yang singkat ini untuk kita persembahkan kepada Allah & Nabi SAW kelak di akhirat, insyaAllah.

"Maka, tidakkah mereka menghayati al-Quran, ataukah hati mereka sudahpun terkunci?" [Muhammad (47): ayat 24]

Ayat pertama, wahyu Allah pertama yang disampaikan Jibril kepada Rasulullah SAW ialah perkataan 'Iqra'! Yakni maknanya 'Bacalah'.

Buat sahabat-sahabat yang masih belum memiliki tafsir al-Quran, bersegeralah membelinya hari ini. Jadikanlah tafsir itu pedamping terdekat kita. Teman terbaik kita di kala kita kerapuhan. Teman terbaik yang mampu mengingatkan kita kepada Allah sebaik sahaja kita melihat wajahnya.

Tafsir mini tidaklah mahal & insyaAllah mampu dimiliki. Jika ada kawan-kawan kita yang belum ada kerana kesempitan wang, apakata kita hadiahkan sebuah buatnya. InsyaAllah, setiap kali mereka membuka al-Quran itu & membacanya, ada debit untuk kita di situ.

Ada masanya, memang kita memerlukan masa untuk bersendirian. Hati kita, jiwa kita memberontak apabila kawan-kawan datang menjengah. Ya, waktu itu kita mahu bersendirian. Maka, ambillah masa untuk itu & jadikanlah Al-Quran sebagai peneman. Jangan kita biar hati kita yang kosong itu terus dibiarkan kosong tanpa pengisian yang mengingatkan kita kepada Allah.

Jika kita tidak mengisi hati kita dengan Allah. Maka Iblis akan mengisikannya dengan perkara-perkara maksiat yang menjauhkan kita daripada Allah.

Bagi yang baru berjinak-jinak ke majlis ilmu, mahu kembali semula ke jalan Allah setelah menyedari kehidupan sebelum ini dijalani dengan cara yang Allah murkai, maka, teruskanlah langkah anda.

Hidayah Taufik itu perlu dikejar. Jangan kita terlalu malas & sekadar mengharap 'seru' datang betul-betul di hadapan biji mata kita barulah kita mahu kembali kepadaNya.

Apabila kita lihat, kita ada sahabat yang soleh, solehah, mereka selalu bersegera melakukan kebaikan, hampirilah mereka & sertailah mereka.

Jangan kita 100% mengharapkan mereka datang ke muka pintu kita dan mengajak kita mengerjakan kebaikan. Ya, mereka punya tanggungjawab untuk membawa kita ke arah kebaikan. Namun, tanggungjawab kita terhadap diri sendiri adalah lebih besar daripada mereka.

Hidup kita, pilihan kita.

Kejarlah Hidayah Allah. Bersegeralah berbuat kebaikan. Ya, dalam larian itu, kita pasti akan ada masanya terjatuh, dipulaukan, disisihkan, rasa putus asa, rasa lemah. Namun, mengapa kita terlalu banyak memikirkan apa yang makhluk pandang & fikir tentang kita sedangkan kita tahu, pengorbanan & tujuan kita melakukan kebaikan itu demi siapa?

Bukankah segala-galanya demi Allah?
Bukankah kita ada Allah...?


Tak paham bahasa ehh?

Semalam hari jumaat bersamaan 20/04/12,adelah pekara yang berlaku.Kawan saya dia nak buat saya cemburu dengan menceritakan pasal Ahmad Bin Najib(I HATE HIM).Diorang semua tak tahu ke yang sekarang ni saya benci dia dah.Cerita dia macam ni.Masa tu time belajarlah,Tengah-tengah saya belajar,tiba-tiba kawan saya panggil saya,Adiba.Masa saya pun tak tahu nape dia tiba-tiba jer panggil saya.Saya pun ape lagi pergi jelah dalam senyap-senyap supaya cikgu tak perasan.Saya dah sampai kat tempat dia,tiba-tiba dia sebut nama budak tu.Saya soroklah perasaan geram tu dalam hati saya.Kawan saya Anis tu ceritalah ape yang berlaku hari khamis bersamaan 19/04/12.Hari khamis tu hari Kawad untuk semua rumah sukan.Anis tu dia balik lambat masa tu,yang si Ahmad ambik kesempatan untuk tanya kat Anis.Nak tahu tak ape yang Ahmad tu tanya,dia tanya kat kawan saya yang Adiba tu suka kat dia ke.Then Anis cakap mana ade,Ahmad tak percaya yang Adiba tak suka kat dia pon.Sebab dia pernah nampak suatu hari tu Adiba asyik pandang dia je.Tak semestinyer kalau kita pandang seseorang tu lama-lama maknanyer kita suka kat dia.TAK SEMESTINYER KAN.Lepas kawan saya habis cerita kat saya  pasal yang tadi saya tulis tu,dia tanya ngan selambanyer saya cemburu ker tidak.Lepas tu saya tak layan lansung.Dengan serta-merta saya terus jalan pergi ke tempat saya.Tu jelah saya nak cerita.Malas nak tulis panjang-panjang.Sebab mood saya tak baik sekarang.
Add caption

Thursday, 19 April 2012

Kawad kaki...

ermm ni bukan gambar kawad saya k???ni sekolah lain punya.Saya ciplak sikit jer...sori!!

Hye!Hari ni kat sekolah saya ada kawad kaki.Hahahaha,ingat tak penat ke?Penat giler kot.Senior-senior cakap kat sekolah panas sikit jer,tapi nanti bila kat stadium lagi panas.Sekolah kitaorang selalunya buat sukan kat Stadium Bukit Jalil,bukan maksud sekolah kitaorang takde padang,sekolah kitaorang ade padang.Cuma alah korang faham-fahamlahkan sekolah saya ramai murid sebab tulah kitaorang buat kat stadium.Jangan salah faham ye.Ehh nak tanya,korang semua pernah masuk kawad tak?Mesti pernahkan.Takkanlah tak pernah.Sekolah kitaorang,tingkatan yang wajib masuk kawad ialah tingkatan 1 dah ajk tingkatan.Kalau tak nak masuk kena bagi surat doktor.Sekolah korang ada buat macam tu,mesti takdekan.Latihan dia seminggu sekali(khamis shj),tapi cikgu cakap lepas cuti sekolah pertenggahan tahun ni latihan seminggu dua kali(khamis n jumaat shj).Kacau jer kan.Kalau boleh saya tak nak masuk tau,tapi semua form 1 wajib masuk.Hrmmm.Malasz lah nak cerita panjang-panjang macam nak buat novel jer.

                           bye!!guys!!!muahhhxx!!

Wednesday, 18 April 2012

Bersabarlah Wahai Kaum Hawa...


Assalamualaikum..nak cerita sikitlah pada semua pembaca blog saya nie..
pada gadis yang bersedih nie..saya harap beliau bersabar..kerana kita boleh menjauhkan diri dari syaitan yang sentiasa menghasut kita ke jalan yang salah..Oleh itu,jika kamu dalam keadaan yang sedih atau marah..cuba kamu pejamkan mata,dan cuba ingat Allah..lepas itu..cuba kamu semua TELAN kemarahan atau kesedihan yang sedang ada dalam hati anda sekarang..

Kalau boleh jangan ada sedikit pun perasaan geram walaupun ramai orang kata menangis boleh hilangkan masalah dan dengan menangis juga dapat menghilangkan stress..memang betul..boleh diterima juga fakta itu..tapi kita lebih bagus jika jangan menangis..

Jangan menunjukkan kesedihan anda dihadapan orang lain,semata-mata untuk mendapatkan simpati dan belas kasihan daripada orang lain..
Jadi fikirkanlah apa yang terbaik untuk anda lakukan..

Manisnya






Alahai . Tengok cupcakes chocolate bubuh pulak strawberry dekat atas dia dah cukup membuatkan air liur dahku meleleh-2 . Nyummy ! Dengan rasa manis , lazat dan berkrim lagi tu !  Ehekk . Macam tu juga lah kehidupan kita . Mesti seronok kalau kehidupan kita macam cupcakes ni kan  ? Kemanisan menambahkan lagi rasa asam garam dalam kehidupan kita . Walau sehebat dan setinggi mana pun taraf kehidupan kita , jika tiada kemanisannya pasti akan hambar . 



Kat bawah ni , akan saya kongsikan resepi untuk korang :)



Secamca Kemaafan
Walau sebanyak mana pun seseorang itu melakukan kesalahan , pasti ada kebaikan yang dilakukannya . Jadi ambillah yang positif itu dan tinggalkanlah yang negatif supaya hati korang lembut untuk memaafkannya . 

 Secubit Senyuman
Tahukah korang dengan hanya senyuman boleh membuatkan kehidupan korang akan bertambah ceria ? Ada fakta yang mengatakan senyuman dapat membuatkan korang kelihatan muda daripada usia sebenar .


 Setangkai Keyakinan Diri
Percaya ataupun tidak tanpa keyakinan diri , kehidupan korang semua akan jadi hambar punya . Mana taknya , tanpa keyakinan diri korang pasti jarang ke tempat-tempat awam . Sesetengah orang tu kekurangan diri sendiri menjadi satu punca mereka kurang berkeyakinan . Ketahuilah tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini . 

 Segenggam Tekad dan Azam
Dengan adanya azam ,korang akan lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi insan lebih teratur dan bermatlamat . Sesudah itu,campurkan tekad dalam apa jua korang lakukan,for sure azam tu akan tercapai !

Hormat-Menghormati Secukup Rasa
Kehidupan akan menjadi lebih manis apabila menghormati orang yang berada di sekeliling korang  .Baik yang muda ataupun yang tua . Sesudah itu , kisarkan bersama dengan sifat ringan tulang dan hasilnya , kehidupan harmoni menanti .



 Harap dengan resepi ini , dapat membuatkan kehidupan korang 
jadi lebih bermakna :) hehe ~

Tak kesah dah..



Sekarang saya dah tak kesah dah pasal budak tu(Ahmad Najib).Sebab saya dah suka orang lain.Orang yang saya suka tu form 3.Dia ni jenis tak suka couple.Oklah tu.Dia pandai.Bukan Ahmad Najib tu.Orang lain.Hahhahahah.Good Bye Ahmad Najib.Hati saya dah kena curi orang.Cehhh macam lah Ahmad tu suka kat sayakan.Perasan.Izzah janganlah nak syok sendiri.Laki yang saya minat ni belum tentu suka kat saya.LOL.Sekarang saya nak kunci hati saya untuk orang lain,tapi unutk budak yang saya suka tu saya dah booking awal-awal untuk dia.Jiwang sangat ker saya ni.Saya benci orang cakap saya jiwang.Eleh macamlah dia tu tak jiwang.Cakap jer besar,kot-kot belakang kita dia mesej boyfriend dia ayat-ayat jiwang giler-giler.Manba kita tahukan.Dahlah malah nak tulis panjang-panjang.Kalau ade free time saya update cerita best-best ehh.


BYE!!!MUAHHXX!!

Buat kek coklat!!!

Hahahaha,gembira betulah hati saya hari ni.Sebab masa koko,sayakan masuk badan beruniform "Puteri Islam".Time tulah saya buat kek coklat.Bukan saya yang jadi chef,tapi semua orang.BEST!!!Rugi siapa yang tak masuk Puteri Islam.Cuba korang semua tengok,Kadet Remaja,Kadet Polis,PBSM,Pandu Puteri ade ke aktiviti memasak,takdekan.Itulah speacialnya Puteri Islam.Memang seronaklah.Tak rugi saya masuk Puteri Islam.Kadang-kadang adalah time saya buat lawak bodoh.Saya n kawan saya macam penceria untuk puteri Islam.Time kitorang ade,mesti diorang gelak terbahak-bahak.LOL.Kek tu sedap.Kitaorang buat kat bengkel memasak sekolah.Tapi lepas beberapa jam kemudian,rahmat tuhan turun(hujan).Oklah tu.Daripada panas terik.Lepas kek dah siap,semua orang posing-posing depan kek(time for a snapshot).Alah semua orang syok sendiri.Memanglah siapa yang tak syok sendiri.Banyak gelagat kitaorang yang kelakar.Cikgu pon posing-posing.Biasalah tu.Habis time posing2/syok sendiri,time to rasa kek yang kitaorang.Masa makan tu banyak reaksi yang saya nampak.Memang giler happy ahh.Habis makan kitaorang balik.Tapi hujan lebat masa tu.Terpaksalah kena redah hujan yang lebat tu.Habis beg,buku semua basah.Tapi kitaorang dapat bawak balik kek tu.Memang best.saya show off kat orang.Hah tu jelah yang saya dapat ceritakan kat korang semua.

Tuesday, 17 April 2012

Minat ke tak???(2)

happy tidak sedih pon tidak...ntah la kenapa.tadi kat sekolah adalah rasa cemburu sikit kat kawan baik saya,Adiba.Never mind.itu pon sebab salah faham je.Cemburu sikit je,bukannyer banyak pon.Cerita dia macam ni.Masa tu time ICTL(belajar computer,tapi saya dah pakar sikit,tak perlu dengar),masa tu kitaorang dah siap kerja yang cikgu bagi.So masa tu,kitaorang ambik kesempatan bukak google image(tengok gambar artis(yang berkelas jer)).Dan adalah seorang kawan ni,dia suruh saya taip nama budak tu.Saya taip la.Patu kawan dia perasan yang kitaorang taip nama kawan dia.Dia terus bagi tahu budak tu.MALUNYA.Tapi bukannyer saya yang kena tapi kawan saya,Adiba.Kesian.Saya adelah masa tu cover cun(betul-betulkan tudung).Hahahaha.Over giler(lol).Macam tulah cerita dia.tak perlu saya nangis sebabkan bende ni jer.Hal kecil pon nak nangis.Relakslah.Dahla ni jelah yang saya nak kongsikan kat korang.Kalau ada lagi cerita gempak,saya akan update.BYE!!!



Monday, 16 April 2012

Minat ke tak???

ermmm malulah nak cerita.Kat sekolah saya ade seorang laki ni,saya minat sangat-sangat dengan dia.Dia ni comel,hensem,smart,cool jer.Dia suka sporting sangat dengan perempuan.Satu je saya cemburu dengan dia,dia ramai kawan perempuan.Tapi saya faham diorang semua kawan jer.Dia sendiri pun dah tahu yang dia ada peminat,iaitu saya.Saya malu.Tapi buat ape nak malu ,buat tak tahu jer.Kadang-kadang saya nak cakap yang saya tak suka dia.Tapi tak boleh.Saya tak boleh tipu perasaan saya.Saya tak tahu kenapa.Sekarang satu kelas dah tahu yang saya suka dia.Nama dia Ahmad,nama panjang Ahmad bin Najib.Dia bukan anak PM.Ayah dia orang biasa.Dia masuk rumah sukan sama dengan saya.Sebab abang dia ketua rumah sukan Unggu.Saya memang suka sangat dengan dia.Saya pun tak tahu kenapa saya suka dia.Kalau dia tak suka saya pun tak saya tak kesah,tapi saya nak jadi kawan baik dia.Saya rasa dia dah ada girlfriend,sebab masa kat facebook saya nampak kat wall dia ade tulis inrelaitionship...Tapi dia tak tulis nama perempuan tu....kesian.Kesian saya.huhuhuhuhuhu...

Hye guys!!

ermmm sekarang saya tak tahula nak cerita ape.kesian,terlampau kesian.sebab sekarang kepala saya tengah kusut.saya tak nak bagi tahu ape masalahnyer.bukan hal korang.penat ahh.esok n rabu koko,khamis kena kawad untuk rumah sukan.kena balik pukul 4:00 petang tau.giler tak penat.lol.tak izzah,bersabar.alah sehari jer,bukannyer 2 tahunkan.hahahaha.saya masuk rumah unggu.ramai kawan saya cemburu dengan saya.nak tahu sebab ape.sebab diorang masuk rumah sukan yang semua sekolah ade,macam kuning,hijau,biru,merah.kesian.saya masuk rumah unggu.hahahaha.rezeki saya.bye.....

Saturday, 14 April 2012

kelakar pulak lah tengok baby ni

Serius , geli hati tengok ! ehehehe ~

cinta???sayang???minat???suka???

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita . Segala apa yang kita buat , kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati dia . Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi .. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita . Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya .. )


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat , peribadi atau barang yang kita mahukan)


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar . Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut habis terburai .. haha . Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita . Kita akan suruh dia diam sekiranya tekak kita dah nak pecah ! hakhak .…)

wanita solehah

~~Wanita Solehah, Bidadari Surga~~
Kejernihan Wajahmu, Sempurna bagai intan permata..
Di sanjung serta di hormati, bagai seorang raja..
Kesederhanaanmu, lebih dari segala kekayaan dunia..
Ketakwaan dirimu, itu yang membelenggu hatinya..
Diammu, bagai emas bertaburan dalam setiap senyumnya..
Berucap memilih tak akan terlaksana..
kepada mereka lelaki dewasa..


... Wanita Solehah..
Penghias Dunia..
permata hati pemiliknya..
Para suami-suami yang soleh dan bertaqwa..

Ya Allah…
Dijalanmu Kami berjalan..
Wanita Soleha sebagai tujuan..
Memperbaiki diri sampai menemukan tambatan..
Rencanakan dari semua perencanaan yang akan Engkau berikan..
Dalam sujudku selalu memohon ampunan..
Untaian doaku mengucap syukur yang tak dapat ku ungkapkan..
Dalam solatku aku memohon keteladanan..

Wanita Solehah..
penghias Dunia..
Bidadari surga..
tercantik dari yang paling sempurna..
 

bacalah bila ada masa


mgenalimu satu keindahan..
bergurau denganmu satu kebahagiaan..
menyakiti hatimu ku cuba elakkan..
dan satu permintaanku,biar perhubungan kita kekal berpanjangan… 


Bismillahirrahmanirrahim..
Ajari aku cinta untuk bersabar..
Untuk menemukan Imam yang benar..
Untuk menjaga segala kemuslimahanmu..
Mengangkat derajat keimananku..
Serta membawaku dalam Indahnya agama Allah..

Ajari aku cinta untuk bertahan..
Pada kebaikan..
Pada keistiqomahan..
Pada Indahnya sendiri tanpa sentuhan haram..
Pada keindahan Cinta yang selalu terpendam..

Ajari aku cinta..
Seperti Para makhluk tuhan yang selalu berdzikir..
Seperti Hamba-hamba Tuhan yang selalu berfikir..
Di jauhkan dari manusia-manisa kafir..
Dan selalu ada dalam kerendahan hati tanpa kikir..

Ajari aku Cinta..
Aku ingin memilikimu karena TuhanMu, Allah..
Aku ingin menjadi pendampingmu karena Ajaran TuhanMu, Allah..
Aku ingin mencintai dan melengkapai kehidupanku juga hanya ada di jalan TuhanMu, Allah..
Demi Cintaku padamu, Karena Allah..
Hanya Karena TuhanMu, Allah..
Jadilah Imamku yang sempurna..
Yang selalu mencari cinta di jalan TuhanMu, Allah..
Untukmu Yang akan menjadi Imamku..

Buat hal betul lahhh!!

geramnyer!!!korang nak tahu tak???muka buku saya buat hal lah...geram sangat-sangat..tak tahan.macam mana saya nak contact kawan saya.huhu(sedih campur geram).kesian sayakan.kenapa boleh jadi macam ni..sedih yang amat.bye..

Saturday, 31 March 2012

yahoo...dah april...

Yahooo....esok april yeah i like it.sukanyer..sapa yang suka bila hari yadi dia nak dekat,angkat tangan.mestilah semua orang suka sapa hari jadi dia nak dekatkan.sapa yang tak suka hari jadi dia nak dekat,memang dia tu sewel.hahahahaha.sapa yang terasa sori.tengah hapi sangat-sangat ni.sorilah,kalau post saya ni nampak kalut sangat.ok lah saya malas nak cakap banyak ni.bye...

Friday, 30 March 2012

Hello

hye korang....dah lamakan saya tak update blog...kesian kat korang yang nak baca blog saya...kecian...Sorilah saya tak ada masa.Banyak sangat homework.Ehh korang semua nak tahu tak,my birthday nak dekat.Nak tahu bila.My birthday is just around the corner jer.11/04/99..Nak dekat dahkan.Lagi 2 minggu jer.Huh!!!Tak sabar lah...I hope masa hari jadi nanti i always happy.I janji masa hari itu tiba saya tak nak marah or sedih-sedih.NO NO NO...saya nak buatkan hari jadi saya tahun ni,hari jadi yang paling bermakna.Harap-haraplah jangan ada apa-apa yang berlaku masa hari tu...Aahhhh!!!Tak sabar lah....

Friday, 9 March 2012

Merdeka!!!

YAHOOO!!!Ujian bulanan sudah tamat....I LIKE!!!Boleh la saya habiskan masa update blog ke,baca story book or anything.Hahahhaha....Akhirnya.korang nak tahu tak,minggu depan sekolah kasi kitaorang cuti 1 minggu.Lagilah saya suka.Kalau kasi 2 minggu,menjerit saya(sebab saya suka la).Ishhh tak sabar nak bercuti kat hotel.Tapi saya kena ganti puasa.Kesian!!!Never mind,asalkan i have fun.Masa holiday nanti saya tak nak marah-marah or sedih-sedih,coz i wanna enjoy this holiday.Ishhh seriusly tak sabar.Takper.Pejam celik-pejam celik dah ada kat hotel...Harap-harap takde gagguan/aper-aper pekara yang menyebabkan untuk batalkan vacation kitaorang....Sedih-sedih.Kesian sangat-sangat.Nak tahu kenapa,nanti bukak jer sekolah kawan-kawan tanya cuti pergi mana,then diam jer,patu dengar jer diorang punya story pasal vacation pergi mana.URGGGG!!Geramnya!!!Takper-takper...Tolonglah takde masalah aper-aper.Please!!!

Thursday, 23 February 2012

???

hye guys!!!!wats up???korang sehat???dah lama saya tak update blogkan.saya ni kadang-kadangkan saya kalau ade masa bukannyer nak update blog.saya bukannyer tak nak update blog tapi tak tahu nak post pasal ape.KORANG FAHAM TAK!!jangan salah faham tau.sori sangat-sangat.sekrang ni pun saya tak tahu nak tulis aper.sori lah.